Khamis, 19 September 2013

Bos Dan Orang Gaji


Suatu hari dua orang kaya sedang duduk-duduk di cafe, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing

Org Kaya I: “Kau nak tau tak orang gaji aku tu bodoh nak mampus. Kalau tak caye lihat ni…”

Terus dia panggil si Adi orang gajinya.

“Adi, ini RM10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari.” Adi pun menjawab dengan sopan, “Yes Sir!! Right Away!!”

Terus dia bergegas ke kedai yang ade jual kereta. Orang Kaya I itu terus mengatakan pada kawannye tu, “Tengok, kan betul tu? Dia bodoh nak mampus”

Org Kaya II: “Haha, itu tak de ape-ape lagi… saya punya orang gaji lagi bengap”.

Terus si Org Kaya II memanggil Ali, “Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak”

Ali: “Yes Sir!! Right Away!!” Ali pun bergegas ke rumah tuannya.

Orang kaya II memandang temannye sambil ketawa. Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu di tengah jalan.

Adi: “Eh, kau tahu tak, boss aku tu  bodoh betul. Dia bagi aku RM10 dan suruh pergi beli ferrari, manalah boleh kan sekarang dah pukul 12 tengah malam tentulah kedai tutup..”

Ali: “Boss aku pun bodoh jugak. Ada ke dia boleh suruh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak.. Kalau guna telefon je kan senang...”


Kisah Lawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan